Saturday, February 2, 2013

02-02-2013


Assalamualaikum...
aku rasa dah 5 bulan aku x update blog aku, so aku decide nak tulis sepatah dua kata disamping mengisi kebosanan yang melanda cuti ni..
aku terpaksa tulis sebab isu yang aku nak sampaikan ni dah berleluasa..
first of all, aku nk cakap yang aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat di persekitaran aku, dekat mana x payah tanya...

aku nak cakap pasal tudung.. T U D U N G..simple, just 5 huruf tapi amat besar makna dalam Islam..jadi, fokus utama topik kali ni adalah wanita, just fokus utama, so reader lelaki boleh baca and sama-sama kita renungkan..aku x nak cakap pasal yang x pakai tudung sebab yang tu memang confirm berdosa, tapi aku nak cakap pasal yang pakai tudung, yang nak avoid dari dapat dosa ni..

tudung manusia era globalisasi ni memang banyak jenis, tapi jujur aku kata approximate 10% ja yang betul2 menutup aurat mengikut cara Islam..tudung brand terbaik, tapi tutp kepala ja, bahu x cover, dada x cover, so x dak makna pakai tudung..memang berbeza dari yang x pakai langsung, tapi dosa pahala sama..pakai tudung should cover bahu and dada baru mengikut apa yang diajarkan dalam Islam..pakai tudung rm10 kalau tutup aurat better than rm1k..

aku malas nak tulis panjang-panjang, cuma sama-sama menasihatkan saudara seagamaku..selamat beramal~

Monday, August 13, 2012

13-08-2012

Asslamualaikum and selamat malam...
selamat menyambut ramadhan bg tahun neyh dan aku harap korang semua memanfaatkan ramadhan tahun ini sebaiknya..
hari ni, aku nak tulis pasal perangai manusia...
tapi bukan semua jenis perangai la, kalau semua memang 10 hari 10 malam tulis pun x habis..

aku rasa nak tulis pasal benda ni bila aku ikut parents aku pergi jalan2 dekat pasar malam..
kalau pergi pasar malam nih, macam2 jenis manusia kita nampak..dari kecil sampai besar, pakaian dari yang tututp habis 1 badan sampai yang habis nk terlondeh boleh tengok..tapi aku x kisah sangat pasal benda 2 sebab bukan Muslim pun pakai macam 2, so lantak diorang la..penat berjalan, aku ajak parents aku singgah satu kedai makan..aku bukak menu usha2 makanan kat situ..makanan malaysia biasa2 ja dkat dalam menu 2, 'western food' pun ada jugak..then, aku pun buat order dekat waiter kedai 2...

sambil aku tunggu makanan sampai, aku sempat tengok telatah2 manusia dalam 2..aku nampak satu family berdepan dengan meja aku sedang borak2 after selesai makan...aku jenguk kepala aku sikit and nampak diorang pnya pinggan, licin, bersih, mulus..yang tinggal just tulang2 ayam macam 2 ja..bila tengok pakaian diorang, very simple..tapi diorang punya attitude, makan sampai habis semua, memang tak membazir langsung...

aku teringat satu pepatah, "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER"..bila tengok pakaian  memang agak selekeh dizaman moden ini, tapi their attitude memang terbaik..betul macam satu ustaz pernah cerita dekat aku pasal perangai manusia ni...ustaz 2 kata, jangan kita tengok someone x pakai kopiah, kita kata dia x tahu ilmu agama sebab wali Allah masa kini kita x boleh nak nilai dari segi pakaian ja..bila sebut ja wali Allah, semua mesti terfikir seorang dengan pakaian jubah lengkap berserban...begitu cetek pemikiran kita manusia masa kini..


aku pernah jugak terbaca 1 buku mengenai seorang imam yang femes, tapi aku x ingat dah imam mana satu..imam ni sebelum jadi pandai mestilah dia pun kena menuntut ilmu jugak, mustahil la kalau lahir2 dah tahu semua hukum Allah dekat muka bumi ni..satu hari, tok guru imam ni suruh imam ni pegi cari orang paling selekeh dalam bandar tempat dia tinggal, then salam and cium tangan orang 2..imam ni x cakap banyak terus ja ikut sebab dia tahu ada hikmah di sebalik segala suruhan gurunya..after separuh hari berjalan, imam ni jumpa seorang lelaki tua sedang duduk atas tikar dekat tepi satu jalan...pakaian dia memang selekeh sampai pengemis pun x leh lawan tahap selekeh orang tua 2...imam tadi pun, terus salam and cium tangan orang tua tersebut..terpacul satu soalan dari mulut orang tua tersebut, "adakah aku yang kamu lihat paling selekeh disini?"...imam tadi memang terkejut n just jawab "ya"..after that, imam 2 terus balik jumpa tok guru dia and tanya pasal lelaki tua tadi.. gurunya mengatakan bahawa lelaki tua tadi sebenarnya adalah wali Allah, sebab 2 la dia tahu tujuan imam tadi bersalam and cium tangan dia...

cerita ni kalau kita renungkan, memang terdetik di hati untuk bersederhana..dekat Malaysia kini pun, x semua orang bijak pandai agama pakai jubah and serban semua..pakai biasa2 pun belambak ja..cuma persepsi manusia masa kini untuk orang bijak pandai agama adalah "BERSERBAN AND BERJUBAH"..

aku dekat sini nak katakan satu benda, x semestinya apa yang seseorang manusia itu pakai menggambarkan dirinya yang sebenar..mungkin pakaiannya yang terbaik adalah ketika mengahadap Allah, bukan ketika menghadap ciptaan Allah..try korang usha gambar bawah neyh, ada berserban, ada berjubah? pakaian diorang macam kita nak masuk grand dinner tapi ilmu agama diorang, aku x cerita pun aku rasa mostly dah tau...


so, aku betul-betul nak tekankan bahawa fesyen x penting, yang penting adalah menutup aurat dengan sempurna.. pemikiran manusia zaman kini terlalu mementingkan fesyen shingga melupakan kewajipan menutup aurat..ubah minda kita, jadikan minda ke arah Islam...aku x nak minda umat Islam kini dipengaruhi anasir-anasir barat yang ingin melihat anak muda Islam memakai pakaian yang mendedahkan aurat...

ok, x larat dah aku nak menaip...
SELAMAT HARI RAYA aku ucapkan untuk semua umat Islam..
tapi, jangan lupa bahawa ibadah Ramadhan kita masih belum berakhir..
perbanyakkan amalan di malam2 terakhir Ramadhan, sesungguhnya Allah maha pemurah kepada hambaNya...
:)


Friday, August 3, 2012

03-08-2012

Assalamualaikum..
malam neyh, kebosanan melampau melanda diri aku, so aku ddecide nak buat senaman jari sikit dkat atas keyboard laptop aku neyh...malam neyh topik aku nak tulis bukanlah satu benda yang asing bagi umat Islam..just x ramai dari kita yang menjadikan benda neyh sebagai satu benda yang penting dalam kehidupan seharian...aku nak tulis pasal JIHAD...

bila aku cakap pasal jihad, ramai orang akan fikir PERANG, MATI, and SAKIT....

gambar neyh yang keluar bila aku type 'JIHAD' dekat google

neyh jihad dunia kucing la kot.. ada gaya2 sparta gitu..

tapi, bukan jihad jenis neyh yang aku nak tulis... aku nak tulis padal jihad yang paling besar dalam diri seorang muslim, JIHAD MELAWAN NAFSU...macam yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan neyh semua syaitan and iblis akan diikat...so, anything yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan neyh memperlihatkan diri kita yang sebenar sebab yang tinggal hanya nafsu...disebabkan aku malas nak tulis banyak-banyak, aku nak bincang tentang satu perkara yang aku nampak setiap kali tiba bulan Ramadhan...bulan Ramadhan di negara kita lari dari tujuan asal... para sahabat dan ulama' menjadikan bulan Ramadhan sebagai pesta IBADAH, tapi kita umat akhir zaman menjadikan Ramadhan sebagai pesta JUADAH...

suasana bazar Ramadhan

kalau dilihat dari gambar dekat atas neyh, memang meriah suasana dekat bazar Ramadhan di Malaysia neyh...dari 1st day sampai ke hari last memang x pernah surut dengan bajiran manusia...tapi, adakah seramai ini hamba Allah yang akan hadir ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat terawih berjemaah?? memang x la kan... sesuatu yang x dapat nak dinafikan.. when kita berjalan dekat bazar Ramadhan, fokus utama adalah makanan.. aku rasa dalam keseluruhan bazar Ramadhan di Malaysia, 98% stuff yang dijual adalah makanan,atau dalam matsalleh kata FOOD...manusia berlumba-lumba untuk menikmati keenakan JUADAH, tetapi x semua manusia berlumba-lumba untuk menikmati keenakan BERIBADAH di bulan Ramadhan...

aku tulis sebab aku nak mengingati diri aku serta semua pembaca agar kita x membiarkan Ramadhan berlalu tanpa mendapat ganjaran yang hebat dari ALLAH.. kita lawan nafsu kita semampu yang boleh di bulan yang mulia ini agar IBADAH yang kita lakukan dapat berterusan sepanjang hayat kita...
ganjaran berlipat ganda yang diberikan ALLAH hanya diperoleh di bulan ini..walaupun kita hanya menunaikan solat sunat tarawih, tetapi solat tersebut sudah dikira sebagai amalan QIAMULLAIL...
astaghfirullah, maha pemurah yang maha Esa terhadap hambanya...
ok, dah cukup dah aku rasa untuk kali neyh...
aku harap aku mampu kongsikan lagi banyak ilmu dengan semua pembaca... walau banyak mana pon kita menuntut ilmu, sesungguhnya ianya hanya bagaikan setitis air di dalam lautan yang luas... terlalu banyak ilmu ALLAH yang kita masih tidak tahu..
aku harap apa yang aku sampaikan mampu memberi manfaat kepada diri aku serta semua pembaca..
:)



Sunday, July 29, 2012

29-07-2012

Assalamualaikum...
and salam sejahtera to all non-muslims...
pagi ahad nih aku nak tulis sikit pasal SOLAT..
istilah orang kita selalu cakap, sembahyang...
aku nak tulis ni pon atas banyak benda yang aku rasa aku perlu improve dalam diri aku dan maybe boleh jadi pedoman buat pembaca semua dalam bab solat ni...
As we know, solat ada 13 rukun...
daripada 13 rukun nih, terbahagi pula kepada 3, "fi'li", "qalbi", "qauli"..
-fi'li nih rukun dimana rukun tersebut melibatkan perbuatan,..
-qalbi adalah rukun melibatkan hati...
-qauli melibatkan kata-kata...

nih 13 rukun solat
1--niat[qalbi]
2--berdiri betul[fi'li] 
3--takbiratul ihram[qauli] 
4--membaca al-Fatihah[qauli]   
5--rukuk beserta toma'ninah[fi'li]
6--i'tidal beserta toma'ninah[fi'li]
7--sujud beserta toma'ninah[fi'li]
8--duduk antara dua sujud beserta toma'ninah[fi'li]
9--duduk tahiyat akhir[fi'li]
10-bacaan tahiyat akhir[qauli]
11-selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir[qauli] 
12-memberi salam[fi'li]  
13-tertib[qalbi]

     
   
ok, hari ni aku tak nak sentuh banyak perkara, sekadar memadai 2 benda yang aku lihat selalu terjadi di masjid-masjid atau surau-surau di Malaysia neyh..
   
1st,
aku nak cakap mengenai rukun qauli, senang kata rukun yang melibatkan kata-kata...
rukun qauli dari yang aku belajar dari banyak ustaz selalu mempersoalkan satu masalah, dan benda ni kerap berlaku...hal ini melibatkan perihal seseorang yang tidak menjadikan rukun qauli sempurna di dalam solat..rukun qauli harus dilaksanakan dengan keadaan si pembaca mendengar apa yang dibaca...tetapi tidaklah terlalu kuat sehinggakan mengganggu jemaah lain...certain person just melaksanakan rukun qauli di dalam hati dan perkara ini menjadikan solat kita tidak sempurna...sepanjang pembelajaran aku, memang ini adalah sesuatu yang selalu ditekankan oleh ustaz-ustaz yang mengajar...

2nd,
mengenai rukhsah solat ketika sakit...rukhsah ni keringanan yang Allah berikan atas sebab-sebab tertentu..

gambar sekadar hiasan, kutip dkat google

dekat gambar atas ni, kita dapat lihat dua makmum sembahyang duduk(atas sebab apa pun aku tak tahu la sebab gambar ni aku just nak buat contoh bagi korang lagi faham)..memang kita dibenarkan sembahyang duduk atas sebab-sebab tertentu, tetapi harus berdiri ketika rakaat pertama...jadi, boleh duduk untuk rakaat kedua dan seterusnya...hal ini kerana salah satu rukun solat adalah berdiri betul...kita dibenarkan memulakan solat dalam keadaan duduk sekiranya kita langsung tidak mampu untuk berdiri(dekat rumah aku tak tahu la macam mana, tapi kalau yang pergi masjid mostly boleh berjalan)...kalau kita duduk sejak awal solat, kita dah tertinggal satu rukun solat, maka solat kita TIDAK SAH...

2 benda yang aku tulis di atas nih adalah berdasarkan pengalaman, jadi ini cara untuk kita sama-sama memperingati sesama muslim...
anyone yang nak komen pasal aku, feel free to hear about that..
aku harap, sekelumit ilmu yang aku kongsikan mampu membetulkan ibadah kita...
hope all muslim enjoy ur RAMADHAN..

assalamualaikum..
:)

Tuesday, July 24, 2012

23-07-2012


assalamualaikum...
salam sejahtera, semoga sihat-sihat selalu...
hari neyh, aku nk ubah sikit cara aku menulis...
aku nak try tulis dalam complete word, tapi rojak tu biasa la...
something yang tak boleh nak elak...

hari nih, 23/07/2012--23 15--aku nak story sikit pasal khutbah Jumaat yang aku dengar minggu lepas(20/07/2012)..
before aku story, aku nak bgtau location tempat aku dengar khutbah nih,dkat Kelang Lama, Kulim, Kedah....
almaklumlah, ayah aku nih sibuk sikit, jadi lepas habis dia punya kerja, singgah dekat masjid nih la...
nak balik rumah aku memang tak sempat la...


neyh la gambar masjid yang aku maksudkan tu...

aku sampai dekat masjid tu lepas azan dah, tapi still before khutbah la...selesai ambil wudhu', aku terus pergi dkat pintu utama(pintu dekat dalam gambar dekat atas nih), tapi full jemaah dalam tu...so, aku pun berdiri je dekat luar...tak lama mana pun aku fikir kalau setakat khutbah Jumaat nih...then, khatib pun memulakan khutbah dia...aku terkedu bila dengar isi khutbah dia...memang menarik dan yang pasti, khutbah yang disampaikan memang betul-betul berteraskan pengajaran, bukan baca 'text' semata-mata....

isi khutbah yang aku nak share neyh, mengenai dua potong ayat dalam surah Al-Mai'dah...aku tak pasti ayat yang ke berapa, tapi dua ayat yang disebut berasal dari surah yang sama macam aku tulis tadi...potongan ayat 1st menyatakan mengenai 'PUASA'...
-puasa nih amalan kita tahu semua umat Islam Malaysia laksanakan..
-kerajaan akan ambil tindakan tegas kepada Muslim yang tidak berpuasa  (nih yang jabatan agama Islam pergi tangkap orang yang makan secara open di siang hari maksud aku)
-sebab diwajibkan berpuasa,--> ini hukum Allah dan pemimpin laksanakan....(di sini aku tabik pemimpin Malaysia)

potongan ayat 2nd dari surah yang sama menyatakan mengenai 'HUDUD'...korang faham tak apa itu hudud??? aku tau banyak orang faham, tapi bagi yang x faham, meh aku nak explain secara simple di sini...HUDUD neyh hukum yang Allah dah tetap di dalam Al-Quran untuk dilaksanakan ke atas semua Muslim di muka bumi ini...so, wajib dilaksanakan....
-tapi, kenapa Malaysia tak laksanakan??
-if tanya dekat pemimpin, diorang akan jawab' "OUH, NEGARA KITA BERBILANG BANGSA DAN AGAMA".....
-bila rakyat persoalkan mengenai puasa dan hudud, terus senyap....

dekat sini aku rasa korang faham apa yang aku nak sampaikan...kenapa harus ketepikan hudud sedangkan Malaysia negara Islam?? frankly i say, aku tak nak tengok Malaysia hancur sebagaimana Turki hancur dibawah pemerintah bertopengkan Islam iaitu Kemal Atarturk....aku mengaku, Malaysia masih tak sampai ke tahap itu, tapi jika dilihatkan mengenai penindasan pemimpin kini terhadap agama, memang Malaysia akan hilang status sebagai negara yang mengamalkan ajaran Islam...

di bulan Ramadhan ni, aku bukan nak memfitnah orang laen sesuka hati, aku bukan nak kata aku betul, tapi aku sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi seorang umat Islam inginkan keadilan dalam negara yang aku tinggal...bila aku renungkan balik khutbah yang aku dengar, banyak persoalan yang bermain dekat dalam otak aku...even negara kita berbilang agama dan bangsa sekalipun, laksanakan hudud untuk umat Islam...Islam memerlukan keadilan...

aku harap semua orang faham kenapa aku nakkan sangat HUDUD dijalankan di Malaysia...
aku tak sanggup melihat pemimpin kaya, rakyat menderita...
saidina Umar sendiri pernah ditegur oleh seorang hambanya, dan beliau menerima teguran itu seadanya..
tapi kita di Malaysia, sesiapa yang ingin menegakkan keadilan, disekat kebebasan bersuara...
aku tak kata aku baik, tapi aku nak yang terbaik untuk seluruh umat Islam di muka bumi ini...
:)

Tuesday, July 17, 2012

..


Assalamualaikum...
salam sejahtera for non muslim(kalau2 ad la kn)
hari neyh, aq nk tulis x banyak, tp x tau nk letak tajuk apa...
so, 2 DOT is enough la..

Jumaat hari 2, bersamaan 13 julai 2012, aq ekot ayah aq pergi sungai petani..
tp bukan pasal sungai petani aq nk cerita, aq nk story pasal 1 risalah yg aq amek dkat masjid...
gambar dya mcm dkat atas 2(sorry coz x clear n kecil sgat, camera kuno ja)..
memag banyak sgat ilmu baru dalam neyh, tp aq nk tekankan 2 bnda ja ari neyh...

1st, pahala memberi orang berpuasa makanan untuk berbuka...
dr yg aq tau selama neyh, pahala juz berlipat ganda dr pahala amalan bersedakah kita pada bulan2 yg lain, tp bila aq baca risalah neyh, sebenarnya ad kelebihan when kita bg orang puasa makanan untuk berbuka...
-diampunkan dosa
-menjadi penebus diri dari api neraka
-dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun..
When aq baca ja pasal hadis neyh(risalah ini dipetik dr satu hadis Rasulullah), baru aq tahu betapa besarnya nikmat pahal yang Allah janjikan pada manusia..
dan, Rasulullah juga ada menyatakan, jika kamu tidak mampu memberikan satu hidangan makanan, berilah walaupun hanya sebiji kurma...

2nd, pahala memberi orang berpuasa minuman untuk berbuka...
-Allah akan memberikan minuman dari kolam al-kauthar ketika di padang mahsyar dengan sekali minum sahaja, maka kamu tidak akan dahaga selama-lamanya(walaupun dengan hanya segela air sejuk)..
Bayangkan betapa nikmatnya dapat meminum air dari kolam al-kauthar ketika berada di padang mahsyar..
seperti yg kita tahu, ketika di padang mahsyar, matahri berada sejengkal di atas kepala..
of course kita akan dahaga...

Jadi, aq berpesan pada diri aq dan semua pembaca, mari kita pertingkatkan amalan di bulan Ramadhan neyh...
bkan nk habis pon harta kita setakat bg orang makan untuk berbuka. X boleh bg banyak, bg sekadar yg mampu..
selamat beramal..
Assalamualaikum...
:)


Thursday, July 12, 2012

Assalamualaikum..
hi, i'm new here... :)
so, hope everybody yg read this mmbntu sekiranya sudi...
i don't have anything special to say this morning, btw juz wanna write about Ramadhan...
aq x kata aq pandai, tp hanya sekadar mahu berkongsi ilmu time2 bosan neyh...

when we talk about Ramadhan, there are somethings yg kita selalu fikir,,..
1--puasa
2--sembahyang terawih
3--raya..
and, that's the end of ramadhan...
just blow macam angin yg berlalu...
when kita fikir balik, adakah kita menggunakan sebaiknya nikmat yg Allah bagi di bulan ramadhan??

aq bkan nk mengkritik, aq bkan nk mengutuk, aq bkan nk mencerca....
secara logiknya, para peniaga berkejaran mencari duit lebih masa ramadhan....
semakin hampir dengan hari raya, makin membuak rasa cintakan duit...
semkain hampir dengan hari raya, makin bertambah masa untuk berniaga...
aq cakap berdasarkan apa yg aq nampak...


let's look the other place...
masjid..
1st day, full sampai x dak tmpat nk parking kereta..
11th day, separuh ja tinggal..
10 malam terakhir, x lebih 5 saf jew tinggal...
kalau direnungkan semula, 10 malam terakhir Rasulullah mengajak isteri dan anaknya untuk beribadah bersama...
tp manusia kini x seperti dulu, dunia adalah segalanya...

ramadhan adalah bulan dimana hadirnya malam lailatulqadar...
ramadhan adalah bulan dimana hadirnya pahala yg berlipat ganda...
ramadhan adalah bulan dimana hadirnya solat sunat terawih...
so, gunakanlah masa yg ada neyh sebaiknya...
malam lailatulqadar, satu isu mengenai tarikh sebenar malam neyh...
bg aq, juz tingkatkan ibadah di 10 malam terakhir, n Allah pasti akan bg yg setimpal dgan usaha kita...
jgan juz beribadah di malam ganjil coz kita manusia x tahu actual date malam lailatulqadar...
keikhlasan ketika beribadah adalah penting, minx yg terbaik dr Allah...
n bg aq la, 10 malam terakhir adalah malam untuk kita mengejar pahala sebelum berakhirnya ramadhan...
x payah nk agak2 bila malam lailatulqadar, baru improve kita pnya ibadah...
terawih, banyak pendapat kata mengenai solat sunat terawih...
dr apa yg aq tau, Rasulullah juz buat 8 rakaat ja...
time pemerintahan khulafa ar-rasyidin, baru buat 20 rakaat..
tp, ulama' mengatakan tiada rakaat yg tetap untuk solat sunat terawikh, nk sembahyang 80 rakaat pon boley...

aq ad banyak lg nk tulis, tp maybe next time...
thanx bg yg membaca, harap ilmu neyh dapat disebarkan..
:)